Friday, December 03, 2004

Musa Aman dan skandal bangunan Umno Sabah

Friday, December 03, 2004

Umno Sabah anak bongsu keluarga Umno. Ia antara edisi terkini kepada rangkaian Umno yang besar sejak kemerdekaan atau Merdeka yang telah mampu mengekalkan cengkamannya ke atas politik Malaysia. Tetapi ia kian bertukar menjadi Umno yang terkaya antara Umno negeri. Bagaimana ia telah mengaut kekayaan dan apa yang dilakukan dengan wang yang menimbun, sedang hangat diperkatakan oleh penduduk Sabah buat berapa lama sudah. Tetapi persoalan yang tidak dapat lari daripadanya ialah: Adakah kekayaan yang diperoleh daripada sumber yang sah atau haram?Ramai yang berpendapat tidak mengapa mendapat kekayaan dengan cara yang dikhuatiri atau sumber yang korup selagi ia untuk tujuan yang baik. Matlamat sentiasa menghalalkan cara, kata mereka yang bersekongkol dengan amalan korupsi. Jika wang yang diperoleh adalah untuk Umno dan bukan milik peribadi, tidak mengapa untuk ambil wang tersebut dengan cara yang korup, itu pendapat yang dipegang .Matlamat sebenarnya tidak sekali-kali menghalalkan cara; itu mengikut Islam dan begitu juga menurut undang-undang. Pada satu masa Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, baru tersedar perkara tersebut setelah membayar harga yang mahal iaitu kebebasannya. Lebih 30 tahun dulu, Datuk Harun telah menerima RM3 juta (mungkin bersamaan dengan RM30 juta pada hari ini) daripada Honkong Bank bagi pihak Umno. Wang tersebut bukan untuk dirinya. Datuk Harun memang tidak mengambil sesen daripada wang tersebut. Ia untuk Umno dan telah diserahkan kepadanya di Lapangan terbang Subang -- di siang hari dan disaksikan oleh orang ramai -- hadir bersamanya seorang ahli jawatankuasa Umno yang telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Umno.Namun, pemberian Hongkong Bank tersebut masih dikira rasuah dan mahkamah memutuskan begitu. Datuk Harun tidak menafikan dia telah menerima wang tersebut, tetapi mengikutnya wang tersebut adalah untuk Umno. Dia tidak mengambil sesen pun. Tetapi, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya kerana rasuah.Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Persekutuan seolah tidak faham bahawa menerima atau meminta imbuhan adalah rasuah, walau apa sebab dan tujuannya. Apabila wang bertukar tangan dengan ada ikatan yang berkait, dengan itu ia sudah menjadi rasuah – dan tiada yang mahu ‘menyumbang’ kepada Umno jika tiada imbuhan atau habuan dengannya. Kes yang terakhir, walaupun ia bukan satu-satunya kes sepertinya, ialah Umno Sabah – atau lebih tepat, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.Umno Sabah kini sedang membina bangunan ibu pejabat barunya di Karamunsing, Kota Kinabalu. Tiada siapa dalam Umno Sabah yang tahu mengenai kos pembinaan bangunan tersebut –- selain daripada Musa Aman. Tiada jawatankuasa yang menyelia pembinaan bangunan tersebut dan tiada mesyuarat jua membincangkan pembinaan tersebut atau permohonan kelulusan daripada jawatankuasa induk Umno Sabah.Sengkatnya, Musa Aman dengan sendiri mengurus keseluruhan pembinaan bangunan ibu pejabat Umno dan terus membisu mengenainya – dia terus mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada ahli jawatankuasa Umno Sabah tentang perkembangannya, ataupun mendapatkan kebenaran sebelum melaksanakan apa-apa keputusan.Bukan itu saja. Lebih membingungkan ialah pilihan tapak pembinaannya.Umno Sabah sebenarnya memiliki sekeping tanah keluasan 5 ekar berdekatan bangunan Bank Simpanan Nasional di kawasan utama Sutra Resort. Walau apa pun niat dan tujuan yang tersirat, tanah sekeping tersebut seperti lubuk mas. Walau bagaimanapun, Musa Aman enggan membina bangunan baru Umno Sabah atas tanah Umno sendiri. Sebaliknya, Musa membina bangunan baru tersebut di atas tanah lain, lebih tepat atas sebahagian tanah lain. Dan berapakah nilai sekeping tanah alternatif ini, itu pun dirahsiakan dan tidak seorang dalam Umno Sabah yang tahu, kecuali Musa Aman saja.Papan tanda mengatakan tuan punya bangunan ialah Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, di bawahnya tertera satu nama lain, Accodon Sdn Bhd, dimana disenaraikan sebagai pemaju. Siapa sebenarnya pemilik harta tersebut? Umno Sabah atau Accodon? Semua ini tidak jelas. Apa yang pasti ialah tanah tersebut bukan milik Umno Sabah. Nampak seolah pemiliknya ialah Accodon. Tetapi apakah hubungan antara Umno Sabah dan Accodon? Tiada seorang dalam Umno Sabah yang tahu-menahu tentangnya, selain Musa Aman dan kemungkinan dia seorang.Jika Umno Sabah pemilik tanah atau bangunan tersebut, sudah tentunya ia akan didaftarkan atas nama pemegang amanahnya. Dan mereka yang telah diberi kuasa bertindak sebagai pemegang amanah sudah pastinya perlu diluluskan oleh jawatankuasa induk Umno Sabah. Tetapi sehingga kini, Umno Sabah belum pernah berjumpa, membincangkan, lagi-lagi meluluskan seseorang yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi parti untuk tanah tersebut.Pendak kata, Umno Sabah tiada kepentingan dalam tanah atau pun bangunan yang dibina dan namanya digunakan bagi tujuan-tujuan yang hanya diketahui oleh mereka-mereka di sebalik komplot ini.Tetapi mengapa nama Umno Sabah digunakan? Sebabnya ada dua!Pertamanya, sekeping tanah seluas yang ada dan lokasinya akan menarik premium yang tinggi. Walau bagaimanapun, oleh kerana tanah tersebut, telah kononnya dimiliki oleh Umno, dengan itu, premium tersebut sama ada dimansuhkan atau dikecualikan saja. Dengan itu, siapa yang memiliki tanah tersebut boleh mendapatnya secara ’percuma’. Apa yang mereka boleh lakukan ialah menggunakan sebahagian daripada tanah tersebut untuk membina bangunan Umno Sabah, dapatkan pengecualian atas premium tanah, dan tanah selebihnya akan menjadi milik mereka dengan percuma.Ini merupakan komplot yang bukan baru. Mereka telah melakukannya dengan KLCC. Ananda Krishnan telah membina dua menara. Kemudian, dia menjual salah satu menara kepada Petronas dengan kos membina dua menara dan kos tanahnya. Oleh itu dia akhirnya mendapat menara kedua dengan percuma. Inilah yang sedang berlaku dengan bangunan Umno Sabah.Tetapi dalam kes Ananda, dia terpaksa mencari sumber kewangan bagi membeli tanah dan membayar kos pembinaan menara berkembar tersebut sebelum dapat menjual salah satu menaranya kepada Petronas. Dalam kes bangunan Umno Sabah ia lebih licik. Bukan saja pemilik tanahnya tanpa membayar premium, tetapi juga bangunan yang dibina bukan dengan wang Accodon tetapi daripada sumbangan orang awam.Setakat ini, tiada orang dalam Umno Sabah yang tahu berapa kos pembinaan bangunan tersebut. Adakah RM30 juta, atau RM40 juta, atau RM50 juta? Tekaan anda sama dengan saya dan hanya seorang saja yang tahu, Musa Aman, terus membisu. Tetapi sumbangan masih dipungut, kiri dan kanan, tengah dan tepi (nampaknya belakang juga) daripada semua.Sesiapa yang mahukan sesuatu daripada Sabah atau Umno, perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung bangunan tersebut. Kotak sumbangan kini sudah melempah-lempah dengan wang kerana sumbangan masih dikutip. Tiada siapa yang tahu berapa banyak yang telah dipungut kerana tiada jawatankuasa dan akaun atau laporan yang dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat. Sebenarnya, itu tidak benar. Satu orang yang tahu, dengan terperinci apa yang sedang berlaku, dia ialah Musa Aman.Satu orang yang pasti tahu maklumat terperinci kewangan Umno iaitu Dato Azizi, Menteri Kerajaan Tempatan, yang juga bendahari agung Umno Sabah. Tetapi Dato Azizi pun tidak tahu berapa banyak wang yang telah dikumpulkan setakat ini, berapa kos pembinaan bangunan, dan sama ada sumbangan yang dikutip sudah cukup (atau berlebihan) bagi membiaya kos bangunan. Apa yang dia tahu ialah derma masih dipungut dan masih mencurah-curah.Ahl-ahli perniagaan di Sabah sudah mula menjadi resah. Mereka tahu banyak wang sudah dikumpulkan, kononnya untuk bangunan Umno. Walau bagaimanapun, menurut kiraan kasar, jumlahnya melebihi apa yang diperlukan. Menurut andaian yang wajar, ia melebihi RM100 juta yang telah dikumpulkan dan kutipan sumbangan masih dibuat. Jika kos bangunan hanya RM30 juta ke RM50 juta, dengan itu RM100 juta sudah jauh melebihi keperluan. Mengapa pula mereka masih mengutip duit lagi?Isu lain yang membuatkan ahli perniagaan Sabah amat kecewa – selain daripada mereka terpaksa terus ‘menderma’ kepada pembinaan bangunan Umno Sabah setiap kali mereka mahu apa-apa daripada negeri – ialah syarikat baru yang menjalankan pembinaan bangunan tersebut, Sabico Sdn Bhd. Sabico kini menjadi syarikat harapan Musa Aman dan semua kontrak diberikan kepada Sabico.Mungkinkah Sabico membina bangunan tersebut secara percuma dan dengan itu ia diberi bertimbun kontrak? Jika benar, semua ‘sumbangan’ yang telah dipungut bukan sebenarnya digunakan untuk membina bangunan Umno. Contohnya, Sabico telah diberikan kontrak RM 10 juta, bagi mengecat bangunan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)! Kontrak tersebut tidak dikeluarkan sebagai tender tetapi diberikan kepada Sabico atas dasar rundingan.Mengapa kontrak tersebut tidak dikeluarkan mengikut tender? Adakah RM 10 juta harga yang paling baik atau ia boleh dilakukan dengan harga yang lebih rendah jika kontrak tersebut dikeluar melalui tendernya dan diberikan kepada pembida yang terendah? Berapa banyak lagi kontrak ’rundingan tanpa tender’ sudah Sabico terima? Adakah orang Islam Sabah tahu bahawa wang zakat yang telah mereka berikan digunakan untuk membayar MUIS sebenarnya secara tidak langsung membiaya bangunan Umno Sabah?Soalan, soalan dan banyak lagi soalan yang menagih jawapan!Mengapa Musa Aman begitu berani dan terang-terangan melakukannya? Tidakkah dia merasa bimbang kalau-kalau ada orang yang akan mendedahkan perlakuannya itu? Sabah sudah merasa sistem bergilir Ketua Menteri buat berapa lama sudah. Musa Aman sepatutnya akan bersara tidak lama lagi. Tetapi kini mereka akan memansuhkan sistem bergilir tersebut dan Musa Aman rasa dia akan terus menjadi ketua menteri seumur hidup. Mungkin sistem bergilir dua tahun tersebut baik juga bagi memastikan ketua menteri bergerak lurus dan tidak menyimpang.Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan melawat Sabah pada 12 Disember 2004 kelak. Jika dia benar-benar serius menghapuskan rasuah, ini masa yang baik untuk tangani perkara tersebut. Jika dibuktikan Musa Aman telah menyalahgunakan kuasanya dan memang wujud elemen rasuah di sebalik bangunan Umno Sabah, Musa Aman patut bersara apabila tamat tempoh dua tahunnya, awal tahun depan. Hanya demikian Pak Lah akan dilihat serius dalam memerangi rasuah. Jika tidak, Pak Lah akan hanya dikatakan sebagai pemimpin yang ’cakap tak serupa bikin’.TIMELINE: Usaha Musa Aman perangi rasuah09 Julai, 2004Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata ahi parti bebas untuk bertanding jika mereka ingin berbuat demikian dalam pemilihan di mesyuarat bahagian, tetapi mengingatkan semua agar menjauhi politik wang.“Saya sudah memaklumkan semua mengenai ini…tiada politik wang. Tiada cara lain dalam hal ini. Jika ada pertandingan, lakukannya tetapi jauhi daripada politik wang,” dia memberitahu wartawan di sini selepas menghadiri taklimat oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.21 Julai, 2004Mengenai rasuah, Musa telah berkata kerajaan Sabah sudah menggerakkan semula Jawatankuasa Integriti Negeri bagi melengkapkan usaha kerajaan pusat menghapuskan rasuah.“Usaha memerangi salahguna kuasa dan rasuah, menggalakkan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban dalam sektor awam dan swasta patut dilaksanakan oleh semua yang berkepentingan, termasuk kerajaan, sektor swasta dan NGO,” katanya.04 Ogos, 2004Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata semua sektor wajar terlibat dalam membanteras rasuah dan bukan hanya pihak berkuasa sahaja.Rasuah jika dibiarkan akan menular seperti barah, katanya semasa pembukaan pertandingan bahas peringkat negeri, dengan tajuk Pencegahan Rasuah, di Dewan Maktab Sabah sini, Selasa.Dia menjelaskan bahawa rasuah disebabkan masalah ekonomi dan sosial di setengah negara, ancaman seperti itu juga boleh berlaku dalam negara jika tidak dihapuskan sepenuhnya.18 Ogos, 2004Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kecewa dengan kenyataan oleh seorang Timbalan Menteri bahawa politik wang diamalkan secara terang-terangan di Sabah.Musa, yang juga pengerusi perhubungan negeri Umno, telah berkata bahawa kenyataan tersebut adalah penilaian yang tidak tepat tentang situasi dalam negeri kerana kepimpinan sentiasa menasihati pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli supaya menjauhi politik wang.“Politik wang tidak bermanfaat kepada pemimpin dan ahli Umno. Kita perlu melindungi imej Umno dan berusaha memperbaiki kekuatan parti,” dia memberitahu wartawan apabila diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang telah membayangkan politik wang berleluasa di Sabah.Sebuah akhbar Inggeris telah memetik kenyataannya pada Ahad sebagai berkata politik wang berleluasa di Sabah dan ia diamalkan dalam pilihan raya parti yang akan datang sehingga dia tidak berani pergi ke Sabah.Ditanya sama ada Umno negeri telah terima aduan mengenai politik wang semasa pemilihan di bahagian bulan lalu, Musa menjawab bahawa dia tidak menerima apa-apa laporan daripada jawatankuasa disiplin Umno negeri mengenainya.Katanya Umno Sabah sedang memantau secara dekat situasi bagi memastikan tiada amalan-amalan yang tidak sihat kalangan ahli-ahli parti dalam pilihan raya akan datang.23 Ogos 2004Daripada MGGPillai.com (http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=1992)“When corruption rears its ugly head ...For the UMNO supreme council, the Sabah chief minister, Dato' Musa Aman offers RM1,000 a delegate in three tranches of RM200, RM300 and RM500; the Selangor mentri besar, Dato' Mohamed Khir Toyo offers RM1,000 or RM500 a delegate, depending on where he is from; those offering RM500 a vote are the Titiwangsa MP, Dato' Astaman Aziz; the deputy finance minister, Tengku Putra Tengku Awang; the deputy tourism minister and a former UMNO youth chief, Dato' Zahid Hamidi; the works deputy minister, Dato' Mohamed Zain Mohamed; the deputy rural and territory development minister and the former Tenaga Nasional Berhad chairman, Dato' Awang Adek Hussein.”

14 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Skandal bangunan UMNO Sabah masih lagi dipersoalkan olh rakyat.

Walau macam mana pun, CM tetap berdiri tegah biarpun terlalu penilaian dan andaian yg mungkin tepat dan mungkin tidak tepat.

10:49 PM  
Anonymous BigBang said...

Assumption and conclusion on the UMNO building have been going until now.

Does it matter who owns that building? To me, it's no big deal anyway.

10:51 PM  
Anonymous Kitty said...

Nice try but I'm not convinced about this scandal since it has already died down.

10:52 PM  
Anonymous Stacy said...

hhmmm... skandal bangunan Umno Sabah???
Boleh percaya ka ni???
Apapun sekarang ni, Musa Aman da jadi CM kita... so sebagai rakyat kita perlu la sokong beliau:P

7:13 AM  
Anonymous babybash said...

I personally think that this issue is created by "rumors hunger" people.There's nothing to be so freakingly bombarding him by this way.The important matter is that,we still hold on to our own rights.

9:02 PM  
Blogger Unknown said...

The building is already stand there. No need to speak it up that this building is actually Datuk Musa wrong doing. So far there is nothing happen connected to this building that can disarm Sabahans.

Cheers.....

11:15 PM  
Anonymous Amir said...

aikkss na telebih sudah ni andaian kamurang...hehehhehe
relax bei :P

5:57 AM  
Anonymous Chenele said...

Susah juga ba mahu percara kes macam ni... Takkanlah Musa sanggup bebankan rakyat...

6:09 AM  
Anonymous Boo said...

Kata orang BERANI KERANA BENAR:)
Jadi fikir-fikirkanlah... heheheh

6:17 AM  
Anonymous Mary said...

Agreed with Joanne :)
The building is already stand there. So duduk diam2 la ba...hehehehe

6:46 AM  
Anonymous Ceaser said...

Khabar angin saja ba ni... Jangan lah risau, perkara ni bukannya ada bukti pun...
So, janganlah mudah terpengaruh dengan khabar angin kio :P

6:48 AM  
Anonymous Shawn said...

Yeah, just wait and see. There is nothing to do but wait for the truth to be revealed.

4:37 PM  
Anonymous Yasmin said...

Biarkan saja, dorang mau cakap apa, tak mungkin kami boleh halang. Berani kerana benar, tak perlu takut apa yang mereka cakap tu.

5:00 PM  
Anonymous Assie said...

Sepatutnya kita yang berpijak dibumi yang nyata ini, menilai sesuatu dengan menggunakan otak dan fikiran.. jangan kaitkan seseorang dengan benda2 yang tidak ada kaitan langsung!

8:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home