Monday, December 06, 2004

Musa Aman Terjerat

Monday, December 06, 2004

Malaysia Today

Jumaat lepas, Malaysia Today telah membongkar skandal tentang Umno Sabah, walaupun ahli baru dalam ‘keluarga’ Umno, ia sedang membina ibu pejabatnya yang akan memalukan Umno negeri-negeri yang ‘lama’.

Memanglah tiada apa yang salahnya tentang perkara ini. Tapi yang silapnya ialah cara ia dilakukan.


Pertama sekali, tiada jawatankuasa pembinaan yang dilantik, dan keseluruhan tindakan dilakukan oleh satu orang iaitu Musa Aman, ringkasnya, jawatankuasa dengan satu ajk saja.

Kemudian, sejumlah wang yang besar dikutip dalam bentuk derma daripada orang ramai bagi membantu membiaya bangunan Umno tersebut. Tetapi tiada yang tahu, termasuk Bendahari Agung Umno Sabah, jumlah sebenar yang telah dipungut – selain daripada Musa Aman.

Adalah diingatkan bahawa memungut derma daripada orang ramai bukan jenayah, hanya sekiranya derma yang dikutip datang daripada ahli-ahli perniagaan dan para kontraktor yang akan mendapat manfaat daripada sumbangan yang diberi kepada tabung bangunan Umno. Mereka akan mendapat kontrak-kontrak ‘runding tanpa tender’ daripada kerajaan negeri pada harga yang lebih tinggi berbanding jika kontrak dikeluarkan tender.

Satu perkara penting dalam semua yang telah dan sedang berlaku, akhirnya, kerajaan negeri, maksudnya pembayar cukai yang membayar kos pembinaan bangunan Umno dan Umno sebenarnya mendapat bangunan tersebut dengan percuma. Dan cara yang dilakukan ialah dengan memberikan kontrak yang telah dirundingkan kepada semua yang terlibat sebagai balasan. Kemudian, kos pembinaan bangunan dapat ‘diserap’ dan membina bangunan tersebut tanpa apa-apa kos ke atas Umno.

Ahli-ahli perniagaan Sabah tidak gembira dengan situasi yang ada kerana mereka diperah dan dipaksa menderma ke dalam tabung bangunan tersebut. Ini bermakna mereka terpaksa menaikkan nilai kontrak mereka bagi menampung derma yang dipaksa. Keduanya, beberapa syarikat, yang terlibat dalam pembinaan bangunan tersebut, sudah disenarai dalam senarai syarikat yang ’dipercayai’ dan sedang memonopoli semua kontrak ’rundingan tanpa tender’ lalu meninggalkan hampas malah tiada langsung bagi lain-lain syarikat.

Sebuah syarikat yang amat menonjol ialah Accodon Sdn Bhd yang tercatat pada papan tanda di tapak pembinaan, bangunan dimiliki oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, tiada dalam Umno Sabah yang tahu apa-apa mengenai tanah ataupun bangunan tersebut.

Jika aset ini benar-benar dimiliki oleh Umno Sabah, ia perlu dipegang oleh pemegang amanahnya. Tetapi tiada pemegang amanah yang dilantik oleh Umno Sabah bagi memegang tanah tersebut ataupun bangunan dalam namanya.


Di bawah nama Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah, ialah Accodon Sdn Bhd, kononnya nama pemajunya.

Ini bermakna Accodon Sdn Bhd dan bukan Umno Negeri Sabah ialah pemilik sebenar tanah dan bangunan. Persoalannya ialah bagaimana sebuah syarikat yang dorman boleh menjadi pemaju kepada aset yang bernilai tinggi?

Accodon Sdn Bhd bukan sebuah syarikat yang beroperasi tetapi hanya syarikat atas ‘shelf’ dan akaun tahun lepas yang diserahkan kepada Pendaftar Syarikat menunjukkan kadar pusing gantinya (turnover) sifar. Ia juga tidak punya aset. Ini bermakna Accodon Sdn Bhd hanya syarikat wayang kulit dan di atas kertas semata-mata.

Tetapi itu belum lagi kisah yang ‘blockbuster’. Bahagian yang paling menarik ialah Pengarah-pengarah dan Pemegang-pemegang saham Accodon Sdn Bhd adalah M. Sapawak @ M. Sapawai Bin M. Tussin dan Nasrin Bin Asi, kedua-duanya memiliki 125,000 unit saham dalam syarikat.

Siapakah M. Sapawai ini?

M. Sapawaa rupanya ialah ipar Ketua Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Musa Aman. Kini, jika ini tidak cukup bagi Badan Pencegah Rasuah untuk memulakan penyiasatan ke dalam hal tersebut, tidak tahulah apa yang dikehendaki lagi.

Kali ini, Musa Aman memang sudah terperangkap. Tuhan selamatkanlah Sabah jika Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan melantik Musa sebagai Ketua Menteri Sabah seumur hidup.

8 Comments:

Anonymous Asmawati said...

uiii na....apa sudah kejadian kes ni???
Agak menghairankan kalau orang UMNO pun tidak tahu hal ni dari mana sumber ni boleh tombul pula... hehehe

1:02 AM  
Anonymous Hafiz said...

Terjerat??? mustahil la... Musa Aman CM Sabah ba...
Apapun cara yang dilakukan untuk menjatuhkan beliau tidak akan berjaya kerana masih ramai orang yang percaya terhadap Musa...
Tambahan pula orang lebih perlukan bukti berbanding hujah semata-mata:P

1:04 AM  
Anonymous ahlifikir said...

Lagi tentang skandal UMNO sabah... hahahha

Famous la UMNO ni.... Banyak peminat, penyokong & musuh pun ada:P

Sudah la tu, UMNO ni parti yang baik jangan kerana emosi kita cuba memburukkan semua kegiatan UMNO..

Fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang:)

1:25 AM  
Anonymous Winnie said...

I rather see the good side of our CM.
I believed he doing the right job.
Datuk, I wish you all the best :)

1:31 AM  
Anonymous Wonderpet said...

"Memanglah tiada apa yang salahnya tentang perkara ini. Tapi yang silapnya ialah cara ia dilakukan."

aduii naa... agak-agak la ba juga...
ketara kalau ni mencari kesalahan.. hehehehehehe

1:37 AM  
Anonymous Rozan said...

M. Sapawi? Sepakah gerangan orang itu?

6:25 PM  
Anonymous Leon said...

Hard to believe.
C'mon, look at the bright side of Cm instead of the bad.
Enough with this slandering.

6:35 PM  
Anonymous SindraRichie said...

UMNO scandal. It's getting worse.

I'm not convince and I want proof.

And who the freaking hell is M. Sapawi? Never heard about him ever.

6:44 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home