Tuesday, December 21, 2004

Umno Sabah: Cakap Banyak Tetapi Kosong

LAPORAN KHASUmno Sabah sebuah parti politik, bercakap seperti ahli politik: cakap banyak tetapi kenyataan kosong. Dan itulah apa yang dilakukan bagi ‘menjelaskan’ skandal di sebalik bangunan baru yang sedang dibina di Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah. Penjelasan Umno Sabah 'terang' seperti langit di Kuala Lumpur semasa kebakaran hutan di Indonesia.Menurut The Star minggu lepas,
“Umno Sabah berpandangan bahawa semua amat jelas mengenai bangunan 11 tingkat ibu pejabatnya yang bernilai RM35 juta, kini sedang dibina di bandaraya tersebut.”Dengan itu, sudah sah, bangunan tersebut bernilai RM35 juta. Itulah yang Malaysia Today ingin tahu. Kami menganggarkan ia antara RM30 juta ke RM50 juta. Apa yang sangat menarik ialah orang-orang utama dalam Umno Sabah sendiri tidak tahu angka sebenar. Kini, mereka sudah tahu.(Baca: Musa Aman dan skandal bangunan Umno Sabah)
“Setakat yang berkaitan Umno Sabah, saya memberi jaminan bahawa segalanya ‘atas meja’,”kata Rahim Ismail, Ketua Penerangan Umno Sabah.Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rahim dengan ‘atas meja’? Adakah angka RM35 juta disahkan dalam mana-mana mesyuarat Umno Sabah sebelum Umno Sabah menjalankan pembinaan bangunan tersebut? Adakah jawatankuasa bangunan diwujudkan? Adakah jawatankuasa kewangan diwujudkan? Adakah Lembaga Pemegang Amanah dibentuk?Jawapannya adalah tiada, tiada dan tidak kepada semua soalan. Dalam kes itu, bagaimana semua perkara tersebut berada ‘atas meja’? Bagaimana jawatankuasa-satu ahli kewangan-bangunan-lembaga pemegang amanah menentukan segala-galanya bagi pihak Umno Sabah? Adakah Umno Sabah syarikat milik keluarga seperti kedai runcit atau adakah ia pertubuhan yang didaftarkan, sebuah parti politik yang dimiliki oleh ramai ahli?Mengenai mengapa Musa Aman memutuskan untuk membina bangunan baru Umno Sabah di atas tapak seluas 0.48 hektar di Karamunsing, yang bukan milik Umno, daripada tanah 2 hektar milik Umno di Sembulan, Rahim yang menjadi jurucakap dan kononnya ahli kepada jawatankuasa bangunan yang tidak pernah dibentuk, enggan memberi komen selain daripada mengulangi bahawa ‘segala perkara mengenai projek ini adalah atas meja’.Ya, kita masih ingat Rahim Noor, pada suatu masa Ketua Polis Negara, mengulangi bahawa Anwar Ibrahim selamat dan dijaga dengan baik, sebenarnya terlantar atas lantai lockup tidak sedarkan diri. Apabila mereka mengatakan
“jangan bimbang, segalanya OK”,itulah masanya kita patut bimbang.Apa yang Rahim Ismail tidak jelaskan ialah: siapa yang membayar bangunan RM35 juta ini? Adakah Umno yang membayarnya atau adakah ia seperti tanah tersebut, dibayar daripada sumbangan oleh ‘rakan rapat’ dan ‘dermawan kaya’ yang berkongsi perjuangan Umno? Tiada siapa dalam Umno Sabah yang tahu dan jika Umno Sabah yang membayarnya, ini suatu berita kepada penjawat kanan parti yang pertama kali mendengarnya.Dan bagaimana dengan sumbangan yang dikutip? Banyak mana yang telah dikutip setakat ini? Mengikut cerita, diantara RM100 juta hingga RM200 juta telah dipungut setakat ini. Dan mengapakah sumbangan masih dipungut? Siapa yang menyumbang? Adakah penyumbang daripada pemilik syarikat-syarikat dan ahli-ahli perniagaan yang mendapat keuntungan daripada projek-projek dan kontrak negeri? Dan siapakah yang menyimpan duit yang dikutip? Mengapakah tiada akaun dibentangkan dalam mesyuarat Umno Sabah?Umno Sabah sudah mengesahkan bahawa tanah tersebut telah didermakan oleh syarikat swasta, dengan penuh pengetahuan oleh kepimpinan parti. Baiklah, oleh kerana kita bercakap tentang segalanya atas meja di sini, bolehkah Umno Sabah mengesahkan syarikat mana yang telah menderma tanah tersebut? Lagi pun, Umno Sabah ada mengatakan,
“Tiada yang rahsia tentang perjanjian tersebut.” Dengan itu, kami mahukan nama penderma tanah tersebut, boleh?Adakah penderma tersebut ACCORDON SDN BHD, syarikat yang dikenalpasti oleh Malaysia Today dimiliki oleh ipar Musa Aman, M.Sapawak@ M. Sapawai Bin M. Tussin? (Baca: Musa Aman Terjerat)OK, bagaimana dengan syarikat-syarikat berikut?PEMBINAAN KEKAL MEWAH HOLDINGS SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH HERBAL SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH TRADING SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH ENGINEERING SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH AQUACULTURE SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (KOTA KINABALU) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (KOTA MARUDU) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (BEAUFORT) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (KENINGAU) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (TAWAU) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH (SANDAKAN) SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH REALTY SDN BHDPEMBINAAN KEKAL MEWAH RESORTS SDN BHDAdakah syarikat-syarikat yang di atas menderma tanah kepada Umno Sabah? Dan jika ya, apa yang mereka dapat sebagai balasan? Bagaimana pula dengan RENTAK HASIL SDN BHD? Adakah ini syarikat yang telah menderma tanah tersebut?Ya, sebenarnya, tidak semua yang ‘atas meja’ seperti yang didakwa mereka. Kumpulan syarikat-syarikat Pembinaan Kekal Mewah dimiliki oleh Robert Tan dan adiknya, William Tan. ‘Semua orang dan anjing mereka’ di Sabah tahu siapa adik-beradik Tan. William Tan juga pemilik Rentak Hasil Sdn Bhd.Malah, Pembinaan Kekal Mewah Holdings Sdn Bhd bukanlah syarikat yang boleh dibanggakan. Aset terkininya lebih kurang RM5.9 juta tetapi liabilitinya juga RM5.9 juta. Dengan itu, ia bukan syarikat yang kaya duit seperti ramai yang percaya. Begitu juga dengan Rentak Hasil Sdn Bhd. Aset terkininya ialah RM5.7 juta sementara liabilitinya RM5.6 juta. Tetapi kadar pusing gantinya (turnover) cerita lain. Walaupun ia tidak 'cash rich', tetapi hasil pendapatannya lebih dari RM70 juta.Namun, ‘kekuatan’nya bukan terletak pada helaian imbangannya tetapi pada ‘contacts’nya. Seperti orang kata, bukan apa yang anda tahu tetapi siapa yang anda tahu, dan kenal-siapa lebih penting daripada tahu-apa. Dan itulah bagaimana kumpulan syarikat-syarikat Rentak Hasil Sdn Bhd dan Pembinaan Kekal Mewah boleh membawa ratusan juta dalam kontrak kerajaan setiap tahun. Apa yang sangat mencuit hati, semua orang di Sabah mengetahuinya. Ia bukan satu rahsia. Namun, tiada apa yang dilakukan terhadapnya. Dan apa yang menjadi rahsia terbuka ialah Anifah Aman, adik Ketua Menteri Musa Aman, ialah 'rakan dalam jenayah' dengan adik-beradik Tan, Robert dan William.Jika ingin tahu apa yang adik-beradik Tan (Robert dan William) dan Aman (Musa dan Anifah) telah lakukan kita perlu lihat kepada Sabah Softwood Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Yayasan Sabah.Jika kita masih ingat, Yayasan Sabah adalah di tengah skandal RM 3 bilion –- ya betul TIGA BILION RINGGIT –- semasa dua beradik yang terkenal, Joseph dan Jeffery Pairin Kitingan.Mengapakah jenayah di Sabah sering dilakukan oleh dua beradik?Perdana Menteri pada ketika itu Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa RM3 bilion telah disedut keluar daripada Yayasan Sabah yang diketuai oleh Jeffrey semasa Joseph menjadi Ketua Menteri dan dia mengarahkan Price Waterhouse membuat audit. Akhirnya, Jeffrey dipecat dan digantikan oleh Musa Aman sebagai ketua Yayasan Sabah yang baru.Laporan audit tersebut tidak pernah dibentangkan kepada umum dan sehingga hari ini, tiada siapa yang tahu apa yang terjadi kepada RM3 bilion tersebut. Yayasan Sabah yang pada suatu masa dulu sebuah organisasi yang terkaya di Malaysia, kini dalam keadaan tenat. Tidakkah wajar dibawa ke muka pengadilan, mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut? Mengapakah diselindung? Sedangkan, RM3 bilion bukanlah suatu jumlah yang kecil.Kembali kepada Sabah Softwood; syarikat milik Yayasan Sabah ini duduk di atas beratus-ratus ribu hektar tanah yang kaya dengan balak, koko dan minyak sawit. Ia salah satu antara beberapa subsidiari yang menjana wang yang dimiliki oleh Yayasan Sabah –- yang lain-lain sedang mengalami pendarahan serius disebabkan salah urus dan korupsi. Ringkasnya, ia satu-satunya syarikat yang menjana wang bagi Yayasan Sabah. Sabah Softwood ialah di mana semua keuntungan besarnya berada. Dengan itu, jika anda mahu menyedut keluar apa-apa, Sabah Softwood adalah syarikat yang patut disasarkan untuk dimanipulasi dan dieksploitasi.Sabah Softwood sepatutnya disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur tetapi selepas menyuntik RM500,000 untuk penyenaraian, Musa Aman memutuskan untuk batalkan penyenaraiannya. Jika Sabah Softwood disenaraikan, semua akaunnya akan dibuka kepada penelitian awam dan tidak lagi syarikat tersebut boleh diperah segala keuntungannya.Awal tahun ini, Sabah Softwood telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Rentak Hasil bagi membentuk sebuah syarikat yang dipanggil Regional Harvest Sdn Bhd. Regional Harvest akan menjadi pacuan baru yang digunakan untuk mengeringkan Sabah Softwood dan menyedut keluar asetnya sementara Sabah Softwood akan dihempapkan dengan segala hutang dan liabiliti. Ini merupakan satu cara memerah keuntungan sementara membiarkan Yayasan Sabah menggemukkan Sabah Softwood.Regional Harvest akan menjadi pacuan utama bagi aktiviti-aktiviti minyak sawit Yayasan Sabah, pelaburan yang dibayar oleh rakyat Sabah tetapi keuntungannya dinikmati oleh adik-beradik Tan dan Aman.Sebelum itu, Kekal Mewah diberi kontrak 20 tahun bagi menjaga semua jalan-jalan luar bandar seluruh Sabah. Memandangkan Sabah yang sebahagian besarnya adalah luar bandar, ini bermakna hampir semua jalan di Sabah akan dikendalikan di bawah adik-beradik Tan dan Aman sehingga mereka sudah lama dikuburkan. Bila mereka bercakap secara kiasan tentang lesen mencetak duit, itulah yang dimaksudkan.Namun, tiada yang boleh mendakwa adik-beradik Tan dan Aman mengayakan diri mereka dengan wang rakyat Sabah. Musa gemar memberitahu semua orang bahawa dia sudah pun bernilai RM300 juta sebelum menjadi Ketua Menteri. Sebenarnya, inilah angka yang dinyatakan kepada Perdana Menteri bila dia mula menjadi Ketua Menteri. Tetapi apa yang Musa tidak jelaskan ialah bagaimana dia mendapat wang tersebut. Dan adakah dia akan tetap bernilai RM300 juta bila dia meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Menteri atau angka ini akan berganda beberapa kali? Tiada hadiah bagi jawapan yang betul!Satu lagi perlakuan yang penuh skandal yang belum sampai ke pengetahuan rakyat ialah projek kertas dan pulpa yang dibatalkan setelah menelan beberapa juta ringgit. Rakan dari China yang sepatutnya bersama dalam usahasama dengan Yayasan Sabah di Papua New Guinea dan Bentawan telah memutuskan untuk menarik diri setelah ‘terbau bangkai’. Musa telah membayar ‘perunding’ Singapura USD 10 juta bagi mengikat perjanjian yang tidak termeterai. Apa yang menghairankan ialah walaupun projek tersebut telah dibatalkan, pembalakan di kawasan 300,000 hektar tanah masih berjalan. Mengapakah mereka menebang balak di kawasan tersebut jika ia tidak digunakan untuk kilang kertas dan pulpa?Ada orang yang memang akan jadi kaya-raya menjual balak yang sepatutnya ditukarkan kepada kertas. Dan mengapa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi masih sanggup menggugat kerjayanya dan menghina Islam Hadhari yang dilancarkannya dengan melantik semula Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah apabila ia amat jelas, Musa sedang merompak negeri Sabah di siang hari? Adakah Abdullah sangat (lurus) bendul atau dia menutup matanya daripada mengetahui apa yang sedang berlaku?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home