Monday, December 27, 2004

Mengapa Pak Lah Terus Melindungi Musa Aman?

Malaysia Today

Malaysia Today telah mendedahkan banyak penyelewengan, salahguna kuasa dan tindakan melampau Ketua Menteri Sabah Musa Aman (Umno Sabah: Cakap Banyak Tetapi Kosong). Bukan saja Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tidak berbuat apa-apa tentangnya, malah dia sudah pun melanjutkan tempoh Musa sebagai Ketua Menteri buat satu penggal lagi walaupun ‘perjanjian’ mengatakan Ketua Menteri hanya boleh memegang jawatan untuk satu penggal sahaja.Mengapakah Musa diberi layanan istimewa ini sedangkan yang lain sebelum beliau lebih layak menjawat jawatan tersebut dan telah mempamerkan rekod yang bersih, tidak dilanjutkan perkhidmatan sebaik saja tamat tempoh?Bagi mereka yang tinggal di Barat atau Semenanjung Malaysia, yang tidak begitu tahu tentang politik Sabah, soalan tersebut mungkin suatu yang membingungkan. Tetapi bagi orang-orang Sabah yang tinggal di pekan kecil -- di mana sekiranya Ketua Menteri sakit perut pun mereka tahu -- malah mereka tahu sebabnya.Musa Aman telah 'membiaya' perbelanjaan perubatan isteri Pak Lah ke Amerika Syarikat semasa Hendon mejalani rawatan barah tahun lepas. Tiada salahnya dengan bantuan tersebut, selagi perbuatan tersebut berdasarkan sebab-sebab perikemanusiaan tanpa ikatan padanya. Tetapi apabila Musa dikaitkan dengan beberapa perkara yang tidak kena dan Pak Lah tidak bertindak ke atasnya sebaliknya melanjutkan tempoh perjawatan Musa sebagai Ketua Menteri pula, maka itu sudah tentu akan menimbulkan banyak persoalan.Sebagai pembuka tirai, apa yang berlaku kepada laporan audit oleh Price Waterhouse mengenai RM3 bilion yang lesap daripada Yayasan Sabah? Mengapakah laporan tersebut tidak dibentangkan kepada umum? Adakah ini sebagai pedang di atas kepala adik-beradik Kitingan, Pairin dan Jeffrey, bagi memastikan mereka terus menyokong parti memerintah dan tidak buat kacau atau menimbulkan semula isu 'Sabah untuk orang-orang Sabah'?Kita akui bahawa Pairin dan Jeffrey memang begitu 'bersopan-santun' kebelakangan ini. Adakah laporan audit oleh Price Waterhouse mengenai RM3 bilion yang lesap itu dipegang sementara ‘sehingga notis lanjut diterima’ merupakan sebab mereka begitu bersopan?Bagaimana pula dengan adik-beradik Robert dan William Tan? Robert dan Anifah Aman (adik Musa Aman), seperti kuku dengan isi, tidak boleh dipisahkan. Apakah hubungan antara adik-beradik Tan dan Aman dan mengapa adik-beradik Tan telah dianugerah banyak kontrak-kontrak yang dirunding serta nilai yang besar, melalui kumpulan syarikat-syarikat mereka Pembinaan Kekal Mewah?Banyak daripada kontrak-kontrak yang dirunding telah diberikan kepada adik-beradik Tan, yang sebenarnya boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah jika kontrak-kontrak tersebut dikeluarkan melalui tender. Sebagai contoh, adik-beradik Tan telah diberikan kontrak menyelenggara semua jalan-jalan luar bandar di Sabah bagi tempoh dua puluh tahun –- ini bermakna hampir semua jalan-jalan, kerana Sabah sebahagian besarnya adalah luar bandar. Ini, ringkasnya, satu lombong emas dan mirip kepada lesen mencetak wang.Musa Aman kini tidak bimbang dengan segala tuduhan-tuduhan ini. Dia tidak boleh disentuh. Dia dengan sombong mengatakan kerana Pak Lah terhutang budi padanya. Kita juga ingin tahu apakah bantuan yang telah diberi sehingga Pak Lah terhutang budi kepada Musa?Musa juga dengan megah mengatakan dia sudah pun bernilai RM300 juta sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah, dua tahun lepas –- jadi dia tidak perlu jawatan ini dan Pak Lah boleh gantikannya bila-bila masa suka.Baiklah, tetapi itu bukan isunya. Apa yang menjadi isu, ialah bagaimana Musa mengaut harta sebanyak RM300 juta sebagai ketua Yayasan Sabah? Sudah tentu gajinya tidak melebihi ketua Microsoft, Bill Gates?Begitu juga, apa yang berlaku di sebalik sebuah syarikat yang bernama Regional Harvest Sdn Bhd, usahasama antara Sabah Softwood Sdn Bhd dan Rentak Hasil Sdn Bhd? Mengapakah Yayasan Sabah melalui syarikatnya Sabah Softwood, menandatangani perjanjian usahasama dengan Rentak Hasil, sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik-beradik Tan, bagi mengurus semua aktivti-aktiviti minyak sawitnya?Ini seperti mana juga kontrak dua puluh tahun menyelenggara semua jalan-jalan di Sabah, merupakan satu lagi lesen mencetak wang. Adakah ini alasan mengapa Musa membatalkan rancangannya menyenaraikan Sabah Softwood setelah membelanjakan RM500,000 dalam usaha penyenaraian? Ya, betul. Jika Sabah Softwood disenaraikan, akan pecah tembelang Musa.Mengenai bangunan Umno, Musa menjelaskan bahawa tanah yang dibina bangunan di atasnya ialah milik Accordon Sdn Bhd, pemaju tanah tersebut. Accordon pula dimiliki oleh abang ipar Musa, M. Sapawak @ M. Sapawai Bin M. Tussin ( Musa Aman dan skandal bangunan Umno Sabah). Tidakkah ini akan menimbulkan percanggahan kepentingan? Adakah Accordon ‘menderma’ seluruh bidang tanah tersebut kepada Umno Sabah atau sebahagian daripadanya sahaja? Dengan menderma sebahagian daripada tanah tersebut kepada Umno Sabah, adakah Accordon kemudiannya mendapat pengurangan besar atau pengecualian (waiver) ke atas premium, dimana tanah selebihnya didapati dengan percuma atau hampir percuma?Banyak juga yang perlu diperjelaskan dan dengan hanya mengatakan bahawa tanah tersebut telah didermakan kepada Umno Sabah tidak memadai. Kita perlu tahu apakah terma atau syarat sumbangan dan adakah Accordon selepas itu mendapat manfaat kerana sumbangan yang diberi?Dalam penjelasannya, Musa tidak menyentuh langsung isu Sabico Sdn Bhd, syarikat yang sedang membina bangunan Umno ( Musa Aman Terjerat). Sebagai balasan, Sabico telah diberikan banyak kontrak secara rundingan (negotiated contract), berkali ganda lebih tinggi daripada nilai yang dianggarkan. Sebagai contoh, ia dianugerah satu kontrak rundingan bernilai RM10 juta bagi mengecat bagunan jabatan agama yang mampu dilakukan dengan kos yang jauh lebih rendah. Ada banyak lagi contoh lain. Kini, adakah kerajaan negeri secara tidak langsung membayar untuk bangunan Umno melalui pemberian kontrak-kontrak yang berlebihan kepada Sabico?Ya, Musa Aman tidak boleh menutupnya begitu sahaja dengan mengatakan “semuanya di atas meja”. Musa perlu buktikannya. Beliau masih belum berbuat demikian. Pak Lah juga perlu menjelaskan mengapa tempoh Musa Aman sebagai Ketua Menteri dilanjutkan lagi dua tahun, melanggar perjanjian giliran Ketua Menteri, dan walaupun terdapat banyak skandal dikaitkan dengan Musa? Adakah Musa diberi ganjaran setelah memberi ‘khidmat peribadi’ kepada Pak Lah?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home