Sarawak berjaya tapi Sabah gagal!
LAPORAN KHAS
Datuk Yap Pak Leong
Daily Express
20 Perkara itu adalah penting kepada Sabah dan juga Malaysia. Ia dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat – Sabah, British, Malaya, Sarawak dan Singapura – sebagai syarat-syarat bagi Sabah untuk menjadi sebahagian dari Malaysia.
Setiap Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meyakinkan berulangkali yang Kerajaan Persekutuan akan menuruti hak-hak Sabah seperti yang disebutkan di dalam 20 Perkara tersebut.
Dokumen Ringkasan 20 Perkara, bersama-sama dengan dokumen-dokumen terperinci yang menyokong seperti yang berkenaan dengan kewangan, membentuk sebahagian dari dokumen sumber bagi pembentukan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan seterusnya, perangkaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sabah.
Sebagai dokumen sumber ianya paling penting sebagai bukti tentang apa yang kita persetujui untuk memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan rakyat Malaysia, dan oleh itu mesti dipelihara dan diberi penghormatan.
Peruntukan-peruntukan yang dibuat di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berdasarkan 20 Perkara boleh dilihat sebagai tahap pertama bagi perlaksanaan persetujuan Malaysia.
Tahap kedua adalah interpretasi dan pentadbiran bagi peruntukan-peruntukan perlembagaan ini. Pada tahap kedua ini para Menteri dan pekerja-pekerja awam harus boleh merujuk kepada dokumen-dokumen sumber apabila berhadapan dengan sebarang kesukaran, agar kata-kata dan semangat tidak hilang begitu sahaja.
Dari apa yang diucap dan dibayangkan oleh para Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Persekutuan yang lain, mereka pastinya akan mengembalikan semula kepada Sabah apa jua pun hak-hak yang termaktub di dalam 20 Perkara yang terhilang dengan apa juga punca termasuklah melalui apa yang jelas sekarang sebagai salah laku pemimpin-pemimpin Sabah.
20 Perkara tersebut perlu dilihat secara keseluruhan dan bukannya satu-persatu. Jika dilihat secara keseluruhannya 20 Perkara ini menjadikan Sabah, sebagai salah satu negeri bagi Borneo yang luas, yang asalnya, sebuah negeri yang lebih merdeka dari sebuah negeri di Malaya, seperti yang ditunjukkan Jadual 1:
Tambahan kepada yang dipaparka di atas terdapat banyak lagi peruntukan yang menjadikan Sabah negeri yang lebih merdeka dari sebuah negeri di Malaya. Semasa perbincangan dan rundingan bagi pembentukan Malaysia pada 1961-63, pemimpin-pemimpin Malaya merasakan yang kerajaan dan pemimpin Sabah harus memainkan peranan yang dominan dalam membawa kemajuan yang pantas kepada Sabah dan rakyat Sabah dalam semua bidang terutamanya bidang ekonomi dan pelajaran.
Ini adalah untuk berdiri sama tinggi dengan negeri yang lain di dalam negara Malaysia yang baru dan, oleh itu, dipersetujui bahawa 2/5 dari semua Hasil Persekutuan bersih yang diperolehi dari Sabah akan ditetapkan di dalam perlembagaan untuk diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah. 2/5 bahagian pada 2005 akan berjumlah sekurang-kurangnya RM 1,800,000,000/- (40 peratus dari cukai pendapatan iaitu RM2,500,000,000/- ditambah dengan 40 peratus perolehan Petronas katalah RM2,000,000,000/-).
Para pemimpin Persekutuan tidak mahu dan masih enggan dibebankan sepenuhnya dengan ekonomi dan lain-lain kemunduran rakyat Sabah. Mereka sedar di dalam banyak aspek hanya Kerajaan Negeri Sabah yang berupaya membantu rakyat Sabah disebabkan oleh adat tradisi, budaya, tabiat, pandangan dan sikap mereka terhadap permodenan.
Adalah wajib bagi pemimpin Sabah pada masa kini dan akan datang untuk meneliti situasinya dengan betul dan tidak terus-menerus meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Sabah, dengan mengambil tanggungjawab yang makin hari makin sedikit, bukannya makin bertambah.
Pada 1963, apabila Malaysia dibentuk dan sehinggalah 1985, kira-kira 90 peratus aset-aset perniagaan di Sabah berada di dalam tangan Kerajaan Negeri Sabah dan rakyat Sabah. Dari 1985 ke 2005, Kerajaan Negeri Sabah dan komuniti berniaga Sabah tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera dipaksa untuk menjual aset-aset perniagaan mereka oleh keadaan yang sukar.
Kini rakyat Sabah memiliki kurang dari 20 peratus aset perniagaan di dalam semua bidang sama ada estet-estet balak kelapa sawit dalam pertanian, pembuatan, perniagaan borong dan runcit, perumahan dan pembangunan hartanah komersial, pengangkutan, pelancongan atau perkhidmatan.
Di dalam bidang profesional hanya profesion perundangan berada di dalam tangan rakyat Sabah yang dilindungi oleh undang-undang. Di dalam kejuruteraan, perakaunan, arkitek, perkhidmatan perubatan, dan sebagainya, rakyat Sabah tidak lama lagi hanya akan memungut cebis-cebis yang jatuh dari meja.
Semua ini berlaku kerana sejak 1969 hingga kini Kerajaan Negeri Sabah tidak lagi mengutip 2/5 dari hasil Kerajaan Persekutuan yang diraih di Sabah. Sehingga 1985, kewangan Kerajaan Negeri Sabah masih lagi mencukupi, ditingkatkan oleh royalti balak yang tinggi. Kemudian selepas itu keadaan mula berubah dengan pantas.
Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai cukup hasil untuk membantu dirinya sendiri dan juga rakyat Sabah, dan ia mula menjual harta perniagaan. Sektor swasta hilang keyakinan dan sebaliknya turut menjual harta perniagaan mereka.
Hari ini pendapatan tahunan gabungan dari semua anggota Dewan Perniagaan China dan Dewan Perniagaan Bumiputera di Sabah adalah kurang dari pendapatan tahunan satu syarikat Malaysia Barat di Sabah.
Pendapatan sebenar Kerajaan Negeri Sabah juga tidak begitu banyak. Kalau dahulunya Kerajaan Negeri berupaya memberikan kontrak besar kepada para kontraktor Sabah, kini ia tidak dapat lagi berbuat begitu, dan kerana itulah banyak firma kontraktor Sabah yang bagus-bagus terpaksa gulung tikar. Belanjawan Negeri bagi 2005 hampir-hampir sama saiznya dengan belanjawan bagi tahun 1983 dan 1984, 20 tahun lalu. Apa silapnya?
Pada pemerhatian saya, yang mungkin tidak begitu lengkap, berikut adalah kesilapan-kesilapannya:
1. Kedua-dua pemimpin politik Persekutuan dan Sabah serta pekerja-pekerja awam Persekutuan dan Negeri tidak memahami secukupnya implikasi sepenuhnya perjanjian 20 Perkara dan tidak membuat tafsiran ke atas peruntukan-peruntukan Perlembagaan serta tidak mentadbir hal ehwal awam di Sabah menurut 20 Perkara yang memihak kepada Kerajaan Negeri Sabah dan rakyat Sabah.
Khususnya:
a) Hasil Persekutuan sebanyak 2/5 diperolehi di Sabah tidak diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah; oleh itu sejak 1985 hingga kini kerosakan mula berlaku dan kini masih berlanjutan kerana negeri menderita kekurangan hasil yang cukup bagi menjaga dirinya dan rakyat Sabah seeloknya.
Sebelum Tun Fuad Stephens, ketika itu Ketua Menteri, pergi ke Labuan bersama-sama dengan Menteri-menteri Kabinet pada 1976 untuk menandatangani Perjanjian Petroleum yang memberikan 5 peratus royalti kepada Sabah beliau ditanya mengapa hanya 5 peratus, beliau menjawab tak perlu risau kerana Sabah akan mendapat 2/5 hasil Kerajaan Persekutuan dari Petronas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Begitu sekali pemahamannya.
b) Kegagalan untuk melatih rayat Sabah untuk mengisi jawatan-jawatan Kerajaan Persekutuan di Sabah dan lupa untuk menempatkan mereka apabila rakyat Sabah yang terlatih di dalam perkhidmatan awam Sabah telah sedia ada. Kegagalan ini memisahkan komuniti bisnes Sabah dari memiliki perhubungan rapat dengan perkhidmataan awam Persekutuan.
c) Kegagalan Menteri-menteri Persekutuan untuk mengenali Sabah dan menghidangkan Sabah dengan kemajuan ekonomi melibatkan rakyat Sabah di dalam bisnes, termasuk kegagalan melihat perbezaan yang diperlukan bagi hal-hal seperti buruh asing, selok-belok teknikal, pemasaran dan pembiayaan bisnes.
d) Kerajaan Persekutuan memberikan sesetengah lesen perniagaan tertentu kepada rakyat Malaysai Barat untuk menjalankan urusniaga di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, tetapi memberikan lesen Persekutuan kepada rakyat Sabah untuk menjalankan urusniaga sedemikian hanya di Sabah sahaja.
e) Kurangnya sokongan yang padu atau perkhidamatan berlanjutan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada komuniti bisnes di Sabah melalui jabatan-jabatan seperti jabatan pertanian dan perikanan dari 1990 dan seterusnya, terutamanya Kerajaan Persekutuan, dengan kebanyakan agensinya beroperasi hanya di Malaya.
f) Perlaksanaan cukai negeri yang lebih tinggi di Sabah telah melembapkan pelaburan bisnes yang produktif di Sabah. Komuniti bisnes bimbangkan sebuah Kerajaan yang miskin. Bisnes di Sabah tidak meraih untung yang cukup untuk pelaburan semula. Usaha-usaha bisnes di sini sejak kebelakangan ini lebih tertumpu kepada pembinaan kompleks membeli-belah yang mahal-mahal, yang merupakan satu bebanan kepada rakyat.
2. Para pemimpin dan pekerja-pekerja awam di kedua-dua Persekutuan dan Negeri telah bertindak seolah-olah Sabah telah menjadi seperti sebuah Negeri di Malaya, tetapi perkhidmatan ekonomi Persekutuan adalah jauh lebih kecil di Sabah adalah jauh lebih sedikit berbanding Malaya di mana Kerajaan Persekutuan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk industri pembuatan, pelancongan, E-bisnes, penghasilan kuasa, infrastrustur dan persediaan tapak-tapak, namun cuma sedikit atau tiada langsung di Sabah.
3. Pemimpin Kerajaan Negeri Sabah tidak memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dengan menganggap ianya menggambarkan pemikiran yang sempit, sedangkan hakikatnya itulah tugas utama mereka sebagai pihak yang berkuasa demi Sabah dan rakyat Sabah yang telah mengundi mereka masuk ke dalam Kerajaan.
Iktibar sepatutnya diambil dari Sarawak di mana rakyat Sarawak memiliki 90 peratus aset perniagaan hari ini.
Hari ini, Kerajaan Negeri Sabah telah dilemahkan dari segi politik dan kewangan serta perlukan sokongan penuh dari rakyat Sabah dan oleh itu rakyat mesti menyokongnya dengan padu.
Namun para pemimpin Kerajaan mesti bekerja keras untuk merampas semula hak kedaulatan Sabah yang diberikan di dalam 20 Perkara, terutamaanya kewangan, untuk memenuhi visi ke arah Kerajaan Negeri yang berkuasa dan kaya-raya namun menyumbangkan khidmat yang memuaskan kepada rakyat dan berupaya memberikan mereka visi kemajuan yang hebat dan baru di Malaysia.
Sabah
1) Sistem Kabinet Kerajaan
Rakyat memilih Wakil Dewan Rakyat yang memilih Ketua Menteri yang kemudiannya memberitahu kepada TYT nama-nama Menteri-menteri Kabinetnya. Ini adalah kerajaan rakyat yang hebat, dari rakyat dan untuk rakyat.
Sebuah Negeri di Malaya
1) Majlis Eksekutif
Sultan melantik Menteri Besar dan Anggota Majlis dengan nasihat dari Menteri Besar tetapi nasihat tersebut tidak mengikat.
Sabah
2) Kewangan Negeri Bebas
a)Bahagian Perlembagaan sebanyak 2/5 dari hasil bersih Kerajaan persekutuan yang diperolehi dari Sabah termasuk cukai pendapatan, duti kastam, cukai jalan, dan hasil dari operasi Petronas di Sabah. (Perlembagaan Persekutuan: Jadual 10 Bahagian IV2)
b)Hasil negeri
c)Bantuan mengikut budi bicara Persekutuan
Sebuah Negeri di Malaya
2) Kewangan tanggungan
a) Tiada bahagian hasil Persekutuan ditetapkan oleh Perlembagaan
b) Hasil negeri
c) Bantuan mengikut budi bicara Persekutuan.
Sabah
3) Kawalan imigrasi keluar masuk Sabah sepenunya dan juga di dalam Sabah
Sebuah Negeri di Malaya
3) Tiada kawalan terhadap imigrasi
Sabah
4) Kawalan ke atas bahan Mineral dan Minyak Mineral
(Perlembagaan Persekutuan: Seksyen 112C(3), 112C(4)
Parlimen mempunyai hak yang terhad untuk menggubal undang-undang tentang bahan mineral dan minyak mineral di Sabah, dan tidak boleh menghalanh royalti Negeri Sabah ke atas mana-mana satu pun darinya.
Sebuah Negeri di Malaya
4) Tiada kawalan ke atas bahan Mineral dan Minyak Mineral
Parlimen memiliki kuasa sepenuhnya untuk menggubal sebarang undang-undang bahan mineral dan minyak mineral serta menghalang royalti Negeri ke atas mana-mana pun.
Sabah
5) Penggunaan yang sah Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Parlimen selain daripada Bahasa Malaysia
Dengan Bahasa Inggeris Sabah boleh maju dengan lebih pantas bersama pelajaran saintifik dan dalam dagangan serta komersial dan sebagainya di samping memudahkannya untuk menyaingi negeri-negeri yang lebih maju.
Sebuah Negeri di Malaya
5) Tiada hak yang sah untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
Tanpa Bahasa Ingeris kemajuan di dalam hal-hal tertentu memerlukan lebih banyak kerja-kerja keras untuk menterjemahknnya kepada Bahasa Malaysia dan memakan masa lebih lama.