Selamatkan negeri Sabah.....
Wednesday, July 05, 2006
Oleh Aziz b. Ali
Isu Projek I/C, pertumbuhan penduduk yang tinggi perlu tindakan segera dan komitmen semua pihak, khususnya para pemimpin. Kalau bukan kita, siapa lagi? Perkara ini, tidak boleh dipandang mudah kerana ianya melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. Lebih-lebih lagi kita akan kehilangan negeri kita, Sabah yang tercinta.
Sabah seolah-olah dibiarkan menghadapi masalah I/C dan pertumbuhan penduduk luar biasa bersendirian. Mungkinkah ada komplot di sebalik isu ini? Untuk mengubah langskap dan senario politik Sabah? Untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang memerintah Sabah ketika itu? atau untuk untuk mencapai penduduk 70 juta itu?
Kerajaan Pusat tidak bertindak sejak dari dulu. Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kerajaan pusat, semestinya mereka tahu. Tubuhkan Mahkamah Khas, untuk buat apa? Itu sesuai untuk pendatang tanpa izin (PTI) yang datang semalam. Untuk mereka yang memenuhi setiap inci Negeri Sabah, sedangkan mereka diketahui berasal dari negara jiran. Relevankah?
Sekarang, kita dihimpit dan ditekan dari semua segi, maka kita perlu bersatu padu menggembleng tenaga mengatasinya. Pungutan tandatangan oleh Persatuan pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash) kurang berjaya. Cash perlu meminta kerjasama dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membawa perkara tersebut ke kawasan masing-masing. Kami di daerah terpencil pun mahu menyertai kempen mengumpul tandatangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Hadapkan kemuka pengadilan mereka yang terlibat dalam isu pemberian I/C.
Jika dikaji, kesan perbuatan mereka lebih buruk dan bahaya dari mengedar dadah (menjual kedaulatan dan keselamatan negara). Bayangkan, jika DUN kita telah mereka kuasai, Mereka boleh membawa Sabah keluar Malaysia ataupun perkara di Peru berlaku di sini. .Jadi, hukumannya mesti berat, mandatori gantung sampai mati ataupun penjara seumur hidup. Sungguh mengaibkan mempunyai pemimpin seperti itu. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara termasuk mantannya juga perlu disiasat. Kuasa di tangan mereka. Mungkin ada juga kes-kes terpinggir. Pembelian surat beranak, surat akuan, anak angkat dan lain-lain. Duit punya pasalkan.. Negari tergadai pun tidak kisah…
Kerajaan perlu komited untuk menyelamatkan rakyat negeri Sabah dari belenggu di kelilingi oleh orang asing. Jika benar ada I/C projek, cari semula 600,000 kad pengenalan yang diberikan itu. Itu jumlah yang dulu, mungkin sekarang telah bertambah dua kali ganda. Bayangkan akibatnya. Kita tidak tahu lagi, di mana anak-anak mereka yang diberikan I/C itu? Mungkin di keliling kita? Mungkin bos kita? Peguam? Pegawai kita? Ataupun anggota keselamatan kita ataupun yang berbahaya sekali, Pegawai Pendaftaran kita?Seorang mendapat Mykad, akan membawa masuk, melindungi dan mengurus keterangan bagi beribu-ribu kaum kerabat mereka. Kita berada di situasi yang berbahaya sekarang.
Jika kerajaan belum bertindak, Cash perlu menwujudkan satu badan untuk mengumpul maklumat dan aduan dari orang ramai berkaitan isu I/C. Pemberian ganjaran dalam bentuk wang, mungkin praktikal untuk menarik orang ramai memberikan maklumat.Memandangkan jumlah pertumbuhan penduduk yang luar biasa, tentunya ramai orang yang terlibat dan banyak kesalahan yang dibuat. Jadi senang untuk mengorek rahsia. Apa yang perlu, cuma menyakinkan orang ramai tentang kerahsian maklumat dan menjamin keselamatan pemberi maklumat.